CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 29 September 2012

Pengenalan Laman Inspirasi

Assalamualaikum.. bermula dengan konsep baru iaitu laman inspirasi. Dimana “Kongsi-Kisah-Kenali-Kasih-Kehambaan-Kesungguhan-Kepadamu-Kawan-Keluarga dan jangan lupa ‘K’ untuk –Kucing juga”. Membawa maksud saya akan kongsi apa jua resepi, planner, pelajaran, mimpi dan cerita yang pernah saya lakukan dan alami. Kisah hidup sebagai seorang anak, adik, akak, hamba kepadaNya, pelajar ops.. sekarang bekas pelajar dan menganggur, sebagai seorang sahabat dan jangan lupa kita ni khalifah Allah dimuka bumi ini ada tanggungjawab dan salah satunya kita juga sebagai penda’ie. Walau pun kita tak banyak ilmu agama tapi kita diwajibkan untuk berdakwah. Saya pun masih kurang ilmu agama tapi ingatan pada diri ini juga supaya dah tahu kelemahan jadi kena ingin belajar banyak lagi. Mungkin dengan cara ini kawan-kawan (pembaca sekalian) akan kenali saya dengan lebih baik. Saya juga akan membawa kawan-kawan untuk kenali ahli keluarga dan sahabat saya melalui apa yang saya akan kongsi melalui penulisan dan gambar-gambar yang saya akan saya muat naik. Kenalkan kini saya akan meletakkan tanda pada setiap gambar dengan nama ‘photoza creations’. Ingin juga saya berkongsi kisah bersama dengan keluarga kucing saya. Terharu dengan kasih sayang antara kucing tu jadi saya ingin kongsikan ‘photoza creations’ tentang kucing saya. Terkini, anak dora sudah sedang-sedang comel. He.. maksudnya sedang membesar. Kehambaan; hmm.. Ini susah nak dijelaskan. Tapi saya andaikan kawan-kawan boleh cuba faham dan faham dengan maksud kehambaan. Saya tahu saya bukanlah hamba Allah, anak, akak, sahabat yang baik. Tapi orang yang tak baik ni tetap akan ada perasaan ingin jadi seorang yang baik dan dikasihi dengan Allah, keluarga dan orang –orang sekeliling. Bila baik hubungan kita dengan Allah maka baiklah hubungan kita dengan manusia. Jadi saya meletakkan satu target iaitu untuk jadi muslimah sejati. Insya-allah, mohon doa dari semua. Mohon maaf sekiranya saya khilaf, tapi kehambaan ini bagi saya ia berkaitkan dengan keikhlasan(niat) terhadap apa yang kita kerja dan patuh pada perintahNya dan meletakkan 100% keyakinan kepadaNya. (Ini bukanlah maksud sebenar kehambaan). Saya tidak tahu tahap keikhlasan saya, sebab susah khusyuk ketika solat jadi tertanya-tanya “apakah aku ni tak ikhlas sampai susah nak khusyuk”. Pesanan buat dirini: Saya kena selalu ingatkan dirini “aku hamba Allah, kena letakkan 100% keyakinan kepadaNya” supaya dapat merasakan dugaan itu ada hikmahnya. Apatah lagi saya ni kalau kecewa lain macam sikit, susah nak ada motivasi diri. Kena selalu ingatkan dirini, hidup dan matiku kerana Allah. Moga hidup dan matiku dalam iman. Jadi untuk akan datang, saya akan post contoh jadual ‘extremely to be an effectively muslimah’ (kepunyaan sahabat) yang saya edit untuk diri saya ikut, dan maksud dalam bacaan dalam solat yang pernah saya cari dan baca untuk dikongsi bersama. Tapi akan ada lagi banyak saya akan kongsi dengan setiap bacaan yang saya baca. Juga ketahui lebih tentang plan saya untuk jadi muslimah sejati. Bukan cerita-cerita dari saya saja, saya akan kongsikan kisah kesungguhan orang-orang disekeliling saya terhadap sesuatu kepada kawan-kawan. Tahu tak saya susah nak berkomunikasi dengan orang sebab itu saya ada diari dan dengan diari itu saya catat banyak benda seperti ‘today planners’, ‘important date’ dan curahan isi hati ini tapi he.. :) kali ini tak nak memenuhkan buku diari tu jadi saya ingin kongsikannya kepadamu kawan. Saya keluarga kecil saya terdiri daripada mak, ayah, abang, saya, alang dan adik. Oh.. ye dengan keluarga kucing Dora dan kembarnya. Kembarnya tu belum dapat carikan nama yang sesuai. Masa Dora sampai rumah ni, dia dah memang dah besar jadi dulu namanya Chot. Oleh sebab dia suka explore rumah ni mungkin kawasan barukan jadi…..ikuti kisah kucing Dora. Kekasih?? Tunggu sekejap ini tak ada dalam konsep laman inspirasiku. Hmm.. Ok cerita sikit, saya ingin cari suami untuk dijadikan kekasih. Ada beza ye dengan cari kekasih untuk dijadikan suami. :P sebenarnya belum ada jodoh lagi (tak de yang merisik khabar pun.. he.. macam lambat je jodohnya). Tapi tak apa anggaplah semua ini ada hikmahnya, mungkin sebab saya ingin jadi anak yang soleha dan dapat berikan kesenangan kepada mak ayah dulu. Yelah sekarang pun belum bekerja macam mana nak beri kesenangan dan masih berusaha menjadi anak soleha dan muslimah.

0 ulasan:

nuffnang

..