CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 30 September 2012

Penuhi Masa Lapang

Saya suka buat sesuatu pada masa lapang seperti: 1. memasak 2.cipta sesuatu 3.ulangkaji *yang penting pokok pangkal saya punya aktiviti ini mesti tengok juga, hmm.. kalau dah bekerja sikap ini sangat tak baik ye.. ops bukan waktu bila dah bekerja saje masa belajar juga kawan-kawan jangan ikut mood kena paksa diri belajar. Demi kebaikan kawan-kawan juga. Sebelum buat sesuatu saya mesti buat today's planner. Kalau saya tak dapat siapkan seperti yang dirancang saya kumpul untuk dijadikan rancangan mingguan atau bulanan. Saya berpendapat, asal lambat asal siap sebab kita boleh ukur baju pada sendiri kita kenal siapa diri kita, kalau macam saya semua bergantung ikut mood jadi faham-faham sajalah bila ada mood baru keja jalan sikit nanti sambung lagi. Lagi pula, benda pertama saya akan buat masa ni(almaklum menganggur) kemas rumah, rutin harian. Lepas siap kemas rumah samaada lepas memasak atau tolong ayah siap barang untuk memasak barulah buka laptop dan buku diari. Buku diari penting ye untuk simpan nota-nota seperti today's planner. Saya suka cari dekat internet resepi olah sikit dan ada reka sendiri asal boleh makan dan cuba buat, okay memang semuanya percubaan kali pertama. Nanti saya post resepi yang saya pernah buat. Lagi pula,susah sikit kalau tiada cikgu yang mengajar kita tak alami sendiri yang hanya bila dah buat baru kita tahu macam mana jadi ke tak. Saya suka cipta sesuatu macam corak untuk dijadikan pembalut buka tabung sendiri dengan rekaan sendiri dan photo frames. Tapi macam saya, tak bolehlah setiap yang saya nak buat mesti kena ada bajet. Kena lagi buat today's planner untuk bajet beli barang masak ke photo frame ke. Kesimpulan: Hidup saya memang kena ada planners sebagai nota lagipula manusia seperti saya ini mudah lupa. Masa lapang juga saya buka balik buku-buku diploma (sebenarnya belek-belek je pun ada), macam ETR 300,ECM 317 dan CSC apa ye kod dia dah lupa tapi kami study masa part three tak silap. Saje nak mahirkan diri mudah-mudah dengan ini kefahaman dan ingatan bergabung akan jadi lebih baik masa menuntut dulu. Yelah tak silap masa degree je ipta ni akan sediakan latihan industri. Jadi beruntunglah budak yang ambil politeknik sebab disediakan untuk menjalani latihan industri.

0 ulasan:

nuffnang

..