CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 29 September 2012

Tips Sihat :Rasulullah S.A.W Bacaan daripada: 356 Tip Sihat Gaya Rasulullah S.A.W 104: Madu dapat menyembuhkan luka kerana ia dapat menyerap kotoran nanah dan serum. Ia juga mengandungi antibiotik yang dapat membunuh kuman dalam luka tersebut. Cara penggunaan: 1. Bersih luka dengan air suam 2. Sapu madu pada luka 3. Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam.

119: ada keberkatan pada makan malam. Kita dilarang meninggalkan makan malam kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Seperti saranan Rasulullah, makan malamlah kamu walaupun dengan sebiji kurma. 131:kekurangan air menyebabkan beberapa penyakit berbahaya seperti kencing manis, batu karang, lupus, multiple sclerosis, lelah, kegemukan, remati, penuaan, pramasa dan barah. Jangan tunggu dahaga kerana ia tanda penyahhidratan yang boleh memberi kesan ke atas kesihatan walaupun dengan sedikit penyahhidratan. 288:penyakit kencing manis perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan: • Tidur dengan sekurang-kurangnya 6.5 jam • Bertahjud secara ruti, khusyuk dan hudhur • Memastikan pemakanan karbohidrat dan protein seimbang • Bersenam dengan berjalan cepat • Menglak makanan manis Lain: campur setengah suku sudu serbuk jintan putih kedalam secawan air panas dan biar 15 minit sebelum ditapis. Jika pemanis diperlukan, tambah 1 sudu kecil madu asli. *diingatkan supaya mengunakan sudu daripada plastic atau kayu untuk mengelakkan penyerapan khasiatnya sekiranya mengunakan sudu besi. 325: halia adalah herba serba guna. Kajian mendapati ia berkemampuan meningkatkan daya tahan badan, bersifat antioksida dan mempunyai ciri-ciri sebagai antibiotic semula jadi. Para doctor Malaysia mengkaji kemungkinan memanfaatkannya sebagai antibarah. Dengan mengambil 1 sudu kecil serbuk halia dengan 2 sudu besar madu asli ke dalam segelas air, ia dapat menyembuhkan sakit kepala, sakit kerongkong, penyakit hati dan meningkatkan stamina.

0 ulasan:

nuffnang

..