CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 9 Oktober 2012

Ubah Logon Skrin



Malam semalam, mulanya nak dapatkan TuneUp Utilities 2012, untuk lajukan laptop ni. Lepas tengok-tengok terpandang pula yang .. 
photoza1:customize windows

photoza2: personalise the appearance


photoza3: logon skrin di side bar 


photoza4: preview adalah logon skrin kita pada mulanya. Buat kali pertama hanya akan ada windows standard saja. Jadi.. 

photoza5: Kalau tak de file jelis .tls, kembali customize windows. Nampak download free theme, tekan klick. ia akan muncul explorer (kalau saya). internet browser. pilih theme yang antaranya flame, nature, animal dan lain-lain. download. atau
pilih add dekat logon screen pilih load dr file/ download dr tuneup.. oleh sebab tadi dah download kita pilih dr file..

photoza6: akhir sekali pilih gambar untuk di preview dan apply jika dah berpuas hati. Kalau nak tengok sendiri jika berfungsi log off/restart.


Sabtu, 6 Oktober 2012

Phobia

Pernah tak nampak orang bertindak seperti tidak waras, pelik maksudnya ketakutan yang pelik sangat? Saya pernah. He.. :) Mungkin sayalah orangnnya, ketakutan pada ulat gonggok. "Eee.. tah apa-apa tah pzah ni tak ade benda lain ke yang nak ditakutkan, ulang gonggok..?" Mesti kawan-kawan fikir macam tu kalau tak maafkan saya. Sebenarnya bukan takut sangat padanya sampai tak boleh dekat. Cuma geli.. Eee.. geli sangat-sangat.. Sebab tu kalau mungkin yang kenal ulat gonggok oklah, kalau mungkin ada yang tak tahu nama ulat gonggok ni payah sikit sebab saya nak upload gambar ulat ni pun saya tak berani nak tengok. Teringat ni pun dah cukup buat saya rasa ngeri. Ok apa yang saya cerita ni kisah fobia saya. Fobia boleh diertikan sebagai tindakan tidak waras atau ketakutan yang berlebihan terhadap sesuatu objek, situasi, aktiviti atau manusia. Perkataan 'phobia' ini berasal dari perkataan Greek yang bermaksud takut. Ada 3 kategori utama iaitu, sosial (takut situasi-sosial), spesifik(padda objek tertentu) dan agora fobia(melintasi sesuatu tempat/situasi seolah-olah tak boleh melepasinya). kemuadian ada beberapa jenis fobia yang dikenal pasti iaitu,
1. Aichmophobia(benda tajam.
2.Atychiphobia(kegagalan).
3.Bibliophobia(buku).
4.Claustrophobia(ruang).
5.Cyberphobia(komputer).
6.Dentophobia(doktor gigi).
7.Entomophobia(serangga).
8.Gamophobia(perkahwinan).
9.Glossophobia(berucap depan oran).
10. Heliophobia(matahari).
11. Musophobia(tikus).
 Dekat sini saya nampak saya jenis fobia 1,2,7,9, dan mungkin pada ruang atau tempat sebab saya jenis yang fikir sangat negatifnya. Ok saya pernah fikir yang bangunan ni ni tak selamat, rumah ni tak selamat dan memandu(bertentangan) sebelah lori tak selamat. mungkin akan roboh ke bangunan ni mungkin akan kena hempap ke kereta ni dengan lori yang besar ni. Ye saya takut nak memandu kereta bila berhadapan dengan lori besar terutamnya bila diaorang lak yang bawa laju tak sedar diri padahal bukan ke masa ambil sekolah memandu penceramahnya ada cakap yang besar kena jaga yang kecil. Maksudnya pengguna paling kecil di jalan adalah perjalan kaki dan yang besar mungkin lori dan bas.

Ahad, 30 September 2012

Penuhi Masa Lapang

Saya suka buat sesuatu pada masa lapang seperti: 1. memasak 2.cipta sesuatu 3.ulangkaji *yang penting pokok pangkal saya punya aktiviti ini mesti tengok juga, hmm.. kalau dah bekerja sikap ini sangat tak baik ye.. ops bukan waktu bila dah bekerja saje masa belajar juga kawan-kawan jangan ikut mood kena paksa diri belajar. Demi kebaikan kawan-kawan juga. Sebelum buat sesuatu saya mesti buat today's planner. Kalau saya tak dapat siapkan seperti yang dirancang saya kumpul untuk dijadikan rancangan mingguan atau bulanan. Saya berpendapat, asal lambat asal siap sebab kita boleh ukur baju pada sendiri kita kenal siapa diri kita, kalau macam saya semua bergantung ikut mood jadi faham-faham sajalah bila ada mood baru keja jalan sikit nanti sambung lagi. Lagi pula, benda pertama saya akan buat masa ni(almaklum menganggur) kemas rumah, rutin harian. Lepas siap kemas rumah samaada lepas memasak atau tolong ayah siap barang untuk memasak barulah buka laptop dan buku diari. Buku diari penting ye untuk simpan nota-nota seperti today's planner. Saya suka cari dekat internet resepi olah sikit dan ada reka sendiri asal boleh makan dan cuba buat, okay memang semuanya percubaan kali pertama. Nanti saya post resepi yang saya pernah buat. Lagi pula,susah sikit kalau tiada cikgu yang mengajar kita tak alami sendiri yang hanya bila dah buat baru kita tahu macam mana jadi ke tak. Saya suka cipta sesuatu macam corak untuk dijadikan pembalut buka tabung sendiri dengan rekaan sendiri dan photo frames. Tapi macam saya, tak bolehlah setiap yang saya nak buat mesti kena ada bajet. Kena lagi buat today's planner untuk bajet beli barang masak ke photo frame ke. Kesimpulan: Hidup saya memang kena ada planners sebagai nota lagipula manusia seperti saya ini mudah lupa. Masa lapang juga saya buka balik buku-buku diploma (sebenarnya belek-belek je pun ada), macam ETR 300,ECM 317 dan CSC apa ye kod dia dah lupa tapi kami study masa part three tak silap. Saje nak mahirkan diri mudah-mudah dengan ini kefahaman dan ingatan bergabung akan jadi lebih baik masa menuntut dulu. Yelah tak silap masa degree je ipta ni akan sediakan latihan industri. Jadi beruntunglah budak yang ambil politeknik sebab disediakan untuk menjalani latihan industri.

Comel-comengnya

Tak tahu lagi nama yang sesuai untuk dua ekor anak kucing ni. Saya cadang nak letak nama untuk yang jantan tu 'Miut' yang betina tu 'Kiut'.. Mak lak suh letak nama 'upin' dan 'umi', mula-mula 'Upin-Ipin' tapi sebab sekor lagi betina tu jadi 'umi'. Adik lelaki saya pula suh letak 'Umasau' untuk yang jantan tu. Dia suka tengok cerita karton 'you are Umasau' kat astro ceria, comelkan dinasor umasau tu. C

amne ye kawan-kawan..? Kalau kittens ni main saya suka kacau.. Lagi satu suka dekatkan muka ke kittens ni, sebab.. Hmm.. Bulunya lembut. Suka-suka.. Comel-comel..

Panorama

Sabtu, 29 September 2012

Tips Sihat :Rasulullah S.A.W Bacaan daripada: 356 Tip Sihat Gaya Rasulullah S.A.W 104: Madu dapat menyembuhkan luka kerana ia dapat menyerap kotoran nanah dan serum. Ia juga mengandungi antibiotik yang dapat membunuh kuman dalam luka tersebut. Cara penggunaan: 1. Bersih luka dengan air suam 2. Sapu madu pada luka 3. Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam.

119: ada keberkatan pada makan malam. Kita dilarang meninggalkan makan malam kerana tabiat itu mempercepatkan proses penuaan dan menyebabkan tidur kurang nyenyak. Seperti saranan Rasulullah, makan malamlah kamu walaupun dengan sebiji kurma. 131:kekurangan air menyebabkan beberapa penyakit berbahaya seperti kencing manis, batu karang, lupus, multiple sclerosis, lelah, kegemukan, remati, penuaan, pramasa dan barah. Jangan tunggu dahaga kerana ia tanda penyahhidratan yang boleh memberi kesan ke atas kesihatan walaupun dengan sedikit penyahhidratan. 288:penyakit kencing manis perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan: • Tidur dengan sekurang-kurangnya 6.5 jam • Bertahjud secara ruti, khusyuk dan hudhur • Memastikan pemakanan karbohidrat dan protein seimbang • Bersenam dengan berjalan cepat • Menglak makanan manis Lain: campur setengah suku sudu serbuk jintan putih kedalam secawan air panas dan biar 15 minit sebelum ditapis. Jika pemanis diperlukan, tambah 1 sudu kecil madu asli. *diingatkan supaya mengunakan sudu daripada plastic atau kayu untuk mengelakkan penyerapan khasiatnya sekiranya mengunakan sudu besi. 325: halia adalah herba serba guna. Kajian mendapati ia berkemampuan meningkatkan daya tahan badan, bersifat antioksida dan mempunyai ciri-ciri sebagai antibiotic semula jadi. Para doctor Malaysia mengkaji kemungkinan memanfaatkannya sebagai antibarah. Dengan mengambil 1 sudu kecil serbuk halia dengan 2 sudu besar madu asli ke dalam segelas air, ia dapat menyembuhkan sakit kepala, sakit kerongkong, penyakit hati dan meningkatkan stamina.

Pengenalan Laman Inspirasi

Assalamualaikum.. bermula dengan konsep baru iaitu laman inspirasi. Dimana “Kongsi-Kisah-Kenali-Kasih-Kehambaan-Kesungguhan-Kepadamu-Kawan-Keluarga dan jangan lupa ‘K’ untuk –Kucing juga”. Membawa maksud saya akan kongsi apa jua resepi, planner, pelajaran, mimpi dan cerita yang pernah saya lakukan dan alami. Kisah hidup sebagai seorang anak, adik, akak, hamba kepadaNya, pelajar ops.. sekarang bekas pelajar dan menganggur, sebagai seorang sahabat dan jangan lupa kita ni khalifah Allah dimuka bumi ini ada tanggungjawab dan salah satunya kita juga sebagai penda’ie. Walau pun kita tak banyak ilmu agama tapi kita diwajibkan untuk berdakwah. Saya pun masih kurang ilmu agama tapi ingatan pada diri ini juga supaya dah tahu kelemahan jadi kena ingin belajar banyak lagi. Mungkin dengan cara ini kawan-kawan (pembaca sekalian) akan kenali saya dengan lebih baik. Saya juga akan membawa kawan-kawan untuk kenali ahli keluarga dan sahabat saya melalui apa yang saya akan kongsi melalui penulisan dan gambar-gambar yang saya akan saya muat naik. Kenalkan kini saya akan meletakkan tanda pada setiap gambar dengan nama ‘photoza creations’. Ingin juga saya berkongsi kisah bersama dengan keluarga kucing saya. Terharu dengan kasih sayang antara kucing tu jadi saya ingin kongsikan ‘photoza creations’ tentang kucing saya. Terkini, anak dora sudah sedang-sedang comel. He.. maksudnya sedang membesar. Kehambaan; hmm.. Ini susah nak dijelaskan. Tapi saya andaikan kawan-kawan boleh cuba faham dan faham dengan maksud kehambaan. Saya tahu saya bukanlah hamba Allah, anak, akak, sahabat yang baik. Tapi orang yang tak baik ni tetap akan ada perasaan ingin jadi seorang yang baik dan dikasihi dengan Allah, keluarga dan orang –orang sekeliling. Bila baik hubungan kita dengan Allah maka baiklah hubungan kita dengan manusia. Jadi saya meletakkan satu target iaitu untuk jadi muslimah sejati. Insya-allah, mohon doa dari semua. Mohon maaf sekiranya saya khilaf, tapi kehambaan ini bagi saya ia berkaitkan dengan keikhlasan(niat) terhadap apa yang kita kerja dan patuh pada perintahNya dan meletakkan 100% keyakinan kepadaNya. (Ini bukanlah maksud sebenar kehambaan). Saya tidak tahu tahap keikhlasan saya, sebab susah khusyuk ketika solat jadi tertanya-tanya “apakah aku ni tak ikhlas sampai susah nak khusyuk”. Pesanan buat dirini: Saya kena selalu ingatkan dirini “aku hamba Allah, kena letakkan 100% keyakinan kepadaNya” supaya dapat merasakan dugaan itu ada hikmahnya. Apatah lagi saya ni kalau kecewa lain macam sikit, susah nak ada motivasi diri. Kena selalu ingatkan dirini, hidup dan matiku kerana Allah. Moga hidup dan matiku dalam iman. Jadi untuk akan datang, saya akan post contoh jadual ‘extremely to be an effectively muslimah’ (kepunyaan sahabat) yang saya edit untuk diri saya ikut, dan maksud dalam bacaan dalam solat yang pernah saya cari dan baca untuk dikongsi bersama. Tapi akan ada lagi banyak saya akan kongsi dengan setiap bacaan yang saya baca. Juga ketahui lebih tentang plan saya untuk jadi muslimah sejati. Bukan cerita-cerita dari saya saja, saya akan kongsikan kisah kesungguhan orang-orang disekeliling saya terhadap sesuatu kepada kawan-kawan. Tahu tak saya susah nak berkomunikasi dengan orang sebab itu saya ada diari dan dengan diari itu saya catat banyak benda seperti ‘today planners’, ‘important date’ dan curahan isi hati ini tapi he.. :) kali ini tak nak memenuhkan buku diari tu jadi saya ingin kongsikannya kepadamu kawan. Saya keluarga kecil saya terdiri daripada mak, ayah, abang, saya, alang dan adik. Oh.. ye dengan keluarga kucing Dora dan kembarnya. Kembarnya tu belum dapat carikan nama yang sesuai. Masa Dora sampai rumah ni, dia dah memang dah besar jadi dulu namanya Chot. Oleh sebab dia suka explore rumah ni mungkin kawasan barukan jadi…..ikuti kisah kucing Dora. Kekasih?? Tunggu sekejap ini tak ada dalam konsep laman inspirasiku. Hmm.. Ok cerita sikit, saya ingin cari suami untuk dijadikan kekasih. Ada beza ye dengan cari kekasih untuk dijadikan suami. :P sebenarnya belum ada jodoh lagi (tak de yang merisik khabar pun.. he.. macam lambat je jodohnya). Tapi tak apa anggaplah semua ini ada hikmahnya, mungkin sebab saya ingin jadi anak yang soleha dan dapat berikan kesenangan kepada mak ayah dulu. Yelah sekarang pun belum bekerja macam mana nak beri kesenangan dan masih berusaha menjadi anak soleha dan muslimah.

Rabu, 5 September 2012

Dora namanya.

Selasa, 28 Ogos 2012

belajar sesuatu dari video, post yang dikongsi..

Kalau tak tahu, memang betul kene bertany tapi kadang kita boleh belajar dari apa yang kita lihat dan baca. Tapi kalau tak lakukan kita tak tahu apakah kita betul-betul kita dapat, faham dan akan kekal dalam ingatan kita. Sebab tu, saya pilih untuk melayari internet mencari maklumat dan memuat turun video-video. Tapi ingatan buat diri jugak, yang ada hadis tentang bertanya yang berkaitan menuntut ilmu. Jadi kalau ada sesuatu yang tak tahu lebih baik bertanya.

nuffnang

..